Thursday 29 November 2012

PoPcOrN ReCiPe


Assalamualaikum...
Selamat petang kawan2..
Hari ini tira nak kongsikan resepi yang baru tira cuba semalam..
Tak sangka akhirnya menjadi..
hehe..ha...ape lagi...
JOM CUBA...!!


    Bahan-bahan
    Popcorn
  1. 1 sudu besar mentega
  2. 2 sudu besar minyak masak
  3. 1/2 cawan jagung kering 
    Karamel
  4. 1 sudu butter cup/mentega
  5. 5 sudu besar gula pasir 
  6. 1 sudu besar madu
  7. Tambahkan sedikit pewarna jika mahu

    Cara-cara
    1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.Pada  mulanya guna api kuat untuk memanaskan mentega dan minyak dalam 2 minit sehingga minyak dan mejerin betul2 panas.
    2. Perlahankan api tadi.Kemudian,masukkan jagung ke dalam periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & mentega yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
    3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak.Apabila bunyi agak2 sudah habis,anda boleh buka penutup periuk dan angkat popcorn tersebut diletakkan didalam bekas.
    4. Utk perasa karamel - panaskan butter/mentega, masukkan gula,skit madu. Kacau sehingga semua bahan cair dan sebati.Tutup api dan masukkan popcorn.

      SELAMAT MENCUBA....  ^___^

Wednesday 21 November 2012

Are U My Mr Right...?


6 langkah mencari Mr. Right


Anda bimbang kerana umur semakin meningkat tetapi masih belum berjumpa dengan lelaki idaman anda? Kadang-kadang untuk mencari pasangan hidup, kita harus berusaha. Tiada benda yang datang bergolek jika tanpa usaha. Anda tentu berharap untuk menemui cinta yang abadi. Enam langkah berikut mungkin dapat membantu anda menemui Mr. Right.

Perhatikan seseorang yang sesuai di samping anda
Sangat biasa bagi seseorang yang masih sendiri menghabiskan waktu mereka untuk mencari dan mencari Mr. Right. Sebaiknya berhenti terus mencari sebaliknya perhatikan seseorang yang tepat di hadapan anda. Apakah itu teman atau sahabat atau mungkin lebih dari itu. Biarkan anda bersatu dalam cara apa pun. Terima segala sesuatu mengenai hubungan anda seadanya.

Hentikan bermain cinta 
Ramai di kalangan wanita yang masih bujang berasa tidak dicintai. Alasan untuk ini cukup sederhana. Mereka terlalu sibuk bermain dengan permainan yang memungkinkan pasangan tidak pernah mengetahui keadaan mereka sebenarnya.

Biarkan pasangan datang dan pergi
Satu rintangan utama dalam kehidupan cinta adalah kecenderungan bertahan. Kita saling bergantung dan mencegah kebebasan mencintai. Ketika seseorang datang dalam kehidupan anda, biarkan dia memasuki hidup anda. Sambut sesiapa pun dia. Nikmati apa pun yang si dia bawa sekalipun hanya untuk waktu singkat. Ketika waktunya bagi seseorang pergi, biarkan dia pergi. Jangan ubah kepergian seseorang menjadi pengalaman penolakan atau kehilangan. Sedarilah bahawa pemergiannya tidak ada kaitannya dengan anda. Ini cara termudah membiarkan dia pergi.

Tempatkan siapa diri anda
Banyak perasaan menyatakan cinta tidak akan terjadi jika semua tuntutan tidak bertemu. Oleh itu sentiasalah untuk berfikiran positif. Jangan berasa rendah diri sebaliknya sentiasalah berusaha untuk menempatkan diri anda setanding dengan orang lain.

Memberi dan menerima
Memberi dan menerima adalah inti dari setiap hubungan. Ketika kita jatuh cinta, ini tidak akan pernah menjadi masalah. Biasakan diri kita secara semula jadi memberi dan senang dengan apa pun yang diterima sebaliknya. Jika anda ingin membuka hati anda untuk jatuh cinta, biasakan fikiran seperti ini dan mulai memberi kasih sayang secara semula jadi.

Jadilah teman kepada diri sendiri
Ramai orang mengatakan berasa kesepian, sekalipun ketika mereka memiliki pasangan di samping mereka. Sebenarnya situasi ini terjadi kerana mereka tidak menjadi teman kepada diri mereka sendiri. Ketika anda datang dalam hubungan dengan diri sendiri dan menghormati siapa anda pada tingkat personal, anda pasti tidak akan berasa kesepian

Tira..?  Are u looking 4  Mr Right now....?
hum..eerr..No..!  Hum I dont know !!  -,-

*Copy Paste