Monday 4 June 2012

Resepi Cupcake Coklat..


Sebelum dimasukkan ke dalam oven..

Ha..time ni dok mengintai2 lg..ble la kek ni nak siap..heheh

Cupcake da smakin hampir masak..
Setelah siap cupcake dihidangkan...nyum2..


Assalamualaikum kawan2...
ha..dari dok berGOSIP tu kann...
Jom share cerita jom..
Ni  pasal Choclate cupcake...
Urrmm...sedap..hehhe...
di sini tira sertakan sekali resepi
CUPCAKE CHOCLATE


Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

·         Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
·         Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
·         Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
·         Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
·         Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar
              selama 20 minit.
·         Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Resepi dari : HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Wah! ape2 pon...tira ase seronok sangat sebab telah berjaya dengan resepi baru ni..
Seronok tengok adik2 makan cupcake buatan sy ni :-)

Anda semua SELAMAT MENCUBA ye.. !!


0 comments:

Post a Comment