Thursday 29 November 2012

PoPcOrN ReCiPe


Assalamualaikum...
Selamat petang kawan2..
Hari ini tira nak kongsikan resepi yang baru tira cuba semalam..
Tak sangka akhirnya menjadi..
hehe..ha...ape lagi...
JOM CUBA...!!


    Bahan-bahan
    Popcorn
  1. 1 sudu besar mentega
  2. 2 sudu besar minyak masak
  3. 1/2 cawan jagung kering 
    Karamel
  4. 1 sudu butter cup/mentega
  5. 5 sudu besar gula pasir 
  6. 1 sudu besar madu
  7. Tambahkan sedikit pewarna jika mahu

    Cara-cara
    1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.Pada  mulanya guna api kuat untuk memanaskan mentega dan minyak dalam 2 minit sehingga minyak dan mejerin betul2 panas.
    2. Perlahankan api tadi.Kemudian,masukkan jagung ke dalam periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & mentega yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
    3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak.Apabila bunyi agak2 sudah habis,anda boleh buka penutup periuk dan angkat popcorn tersebut diletakkan didalam bekas.
    4. Utk perasa karamel - panaskan butter/mentega, masukkan gula,skit madu. Kacau sehingga semua bahan cair dan sebati.Tutup api dan masukkan popcorn.

      SELAMAT MENCUBA....  ^___^

0 comments:

Post a Comment