Monday 14 November 2011

Cara Mengerjakan Solat IstikarAh...

Hai kawan2...
selamat tengah hari..
hum..tgah wat pe skrg..???msti ada yg nak masakkn..
haa...sblum tira out..tira nk wat 1 entri ni..
sbb ada pmintaan dr sorg kwn tira ni..
dia keliru dlm membuat kptsn..
Tira sarankan dia supaya melakukan Solat Istikarah...
Jadi..Tira pun igt2 lupa la jgkkn..
HUm...tira cube search kt laman web...
dan TerJumPa..
ok..ni tira tunjukkan Panduan Mengerjakan Solat Istikarah...



Apa yg Dimaksudkan dgn Solat Istikarah....

Solat Sunat Istikharah adalah sejenis solat sunat yang dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Muslim. Tujuan utama didirikan solat ini adalah untuk meminta petunjuk yang baik dari Allah. Orang Muslim biasanya yang berada dalam keadaan dilema untuk menentukan pilihan yang sebenar dan tepat, ataupun apabila seseorang muslim itu dalam keadaan ragu-ragu, samada perkara yang dihajatinya atau yang diputusknanya itu akan membawa kepada kebaikan, atau keburukan jika ia memilihnya.







Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir. Solat Sunat Istikharah ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Macam mane eh nak Niat Solat Istikarah ni.....???

"Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

Haa...sekarang kita pergi ke  Cara Mengerjakan Solat Istikarah....
Secara umumnya, mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah hampir serupa dengan solat-solat sunat 2 rakaat yang lain. Cuma boleh dipanjangkan waktu sujud di akhir solat bagi meminta dalam hati kepada Allah tanpa perlu berkata-kata zahir tentang perkara yang dihajati. Apabila selesai salam, barulang berdoa dengan doa Istikharah dan melafazkan dengan zahir hajat yang diperlukan.
Pelaku solat hendaklah sebelum mengerjakan solat, bahawa ianya telah bebas dari hadas dan najis, memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat dan telah bersuci bersih dan berwuduk.
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4) Membaca doa Istikharah
5) Tertib

Solat Sunat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus (pada waktu-waktu yang diperlukan/mendesak) atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi.– Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari Kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

Ok...InsyaAllah..dari sini...
sedikit sebanyak tira dpt membantu kawan2 dan diri tira sendiri..
InsaAllah kita sama2 akan dapat petunjuk dariNYA....

0 comments:

Post a Comment